Teater Muzikal Terima Kasih Cinta,17 Februari - 6 Mac 2011

Sunday, December 26, 2010

Teater Muzikal Terima Kasih Cinta diterbitkan The Creative Partnership. Pementasan teater muzikal Terima Kasih Cinta bakal berlangsung di Istana Budaya pada 17 Februari hingga 6 Mac 2011.

Senarai pelakon yang terpilih ialah penyanyi era 70an Latiff Ibrahim, penyanyi, pelakon drama dan teater yang disegani ramai, Safura, penyanyi Deja Moss, Faradhiya, Shajiry, Nadia Aqilah, bekas juara Akademi Fantasia 1 Vince serta pelakon berbakat Norish Karman dan Tony Eusoff.


Juga terpilih ialah dua puluh pelakon pembantu antaranya penyampai Hot FM Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid (Leya), penyampai Fly FM Hani Farhana Mohd Hatim (Hunny Madu), pelakon drama Syurgamu Ramadhan Muhammad Nabil D'Zulkifli, penyanyi dan pelakon Syamsul Hirdy Muhid, pelakon teater Tengku Iedilzuhri Putra Tengku Alauddin dan Ayu Shuhara Sulaiman, bekas bintang Akademi Fantasia Asiahtunakma Abdullah, Elliza Abdul Razak dan Mohd Qhaud Abdul Rashid. Selain itu, turut terpilih ialah Fitri Hiswandy Hasan Nordin, Nur Akhtar Mohmad Amin, Nik Nur Amalin Nik Musauddin, Azwana Aladip, Mohammed Azam Abdullah, Azizul Ammar Abu Hassan, Fadzly Izzat Razman Sham, Mohd Fairuz Mohd Tauhid, Hana Amira Mohd Hatim, Sufinah Abu Bakar dan Mohammad Farhan Mohammed Khalil.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI