Rabecca Nur Al-Islam bakal berkahwin 14 Januari 2011 dengan Nor Azam

Friday, December 10, 2010

Pelakon seksi Rabecca Nur Islam, akan menamatkan zaman solo pada 14 Januari 2011 dengan peguam, Nor Azam Datuk Sulaiman berusia 42 tahun. Bakal suami Rabecca Nur Islam seorang duda dua anak.

Rabecca Nur Islam akan mengadakan tiga majlis berturut-turut iaitu pada 14 Januari bagi acara pernikahan sementara 15 dan 16 Januari pula bagi acara persandingan.

"Pada 14 hari bulan, pernikahan akan diadakan di rumah baru saya di Ampang, Selangor manakala majlis resepsi sehari selepas itu di Hotel Flamingo, Ampang berkonsepkan tradisional.


"Manakala 16 hari bulan pula ia akan diadakan di Menara Kuala Lumpur berkonsep Inggeris, di mana hanya 250 tetamu sahaja yang akan hadir.

"Saya tak tahu berapa hantaran yang akan saya terima. Cuma dengan apa yang saya dapat sekarang ini seperti sebuah rumah di Ampang dan jam tangan jenama Chopard sudah memadai," katanya


Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI