Puduraya dibuka Februari 2011

Friday, December 31, 2010

Hentian Puduraya akan dibuka dan dirasmikan secara serentak dengan Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) pada Februari 2011.

Perasmian serentak kedua-dua hab pengangkutan awam itu adalah berdasarkan arahan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Terminal perkhidmatan bas ekspres ke utara diyakini akan terus beroperasi di Hentian Puduraya yang terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur walaupun operasinya dibenarkan dijalankan sama ada di Puduraya atau pun di TBS-BTS. - Bernama

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI