Ida Nerina dan suami sah bercerai talak satu

Wednesday, December 15, 2010

Ida Nerina Hussain- Sha'rin Mohd. Razali

Pelakon Ida Nerina Hussain dan suaminya, Sha'rin Mohd. Razali, akhirnya sah bercerai talak satu.

Ida Nerina, 45, dan Sha'rin, 40, membuat keputusan untuk bercerai secara baik selepas bernikah selama empat tahun setelah mereka mencapai persetujuan bersama.

Mengikut rekod mahkamah, Sha'rin melafazkan cerai terhadap Ida Nerina pada pukul 10 pagi di hadapan Hakim Syarie Mohd. Suhaily Rosdi.

Ida Nerina bersetuju untuk menerima nafkah idah RM1,000 sebulan untuk tempoh tiga bulan dan nafkah mutaah (sagu hati) RM10,000 daripada Sha'rin.



Pemohon yang merupakan bekas kumpulan Blackrose memfailkan permohonan perceraian mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Pada prosiding itu, Ida Nerina diwakili oleh peguam syarie Akbardin Abdul Kader manakala Hamzah Abdul Latif bagi pihak Sha'rin.

Pada 1 Julai lalu di mahkamah berasingan, Hakim Syarie Mohd. Yunus Mohamad Zin membuat keputusan bahawa pasangan tersebut masih suami isteri, selepas Sha'rin gagal untuk membuktikan lafaz cerai yang diucapnya pada Hari Raya Aidilfitri kedua, 22 September 2009.

Sha'rin didakwa mengungkapkan ''Baiklah, saya ceraikan kamu'' tanpa menyebut bilangan talak terhadap isterinya di bilik tidur rumah yang terletak di Metropolitan Square, Bukit Damansara Perdana di sini pada pukul 11 pagi.

Perkahwinan mereka yang dilangsungkan pada 2 Jun 2006 merupakan perkahwinan kedua bagi Ida dan Sha'rin, bagaimanapun pasangan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI