Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah kaut 6 juta! Mungkin ada sekuel!

Wednesday, December 29, 2010

Filem seram komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) berjaya mencecah jualan RM6 juta sejak ditayangkan 9 Disember. Filem best ini berjaya menjadi filem yang paling banyak mencatat jualan bagi filem terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd setakat ini.

Hasil kreativiti Mamat Khalid ini menjadi bualan hangat penggemar filem tempatan kerana unsur komedi dan seram yang ditonjolkan. Difahamkan, ramai penonton yang sudah lama tak menonton filem Melayu tertarik untuk menyaksikan filem ini setelah feedback yang baik diterima dari rakan-rakan.

Tayangan Unggul mengakui pihaknya agak terkejut dan tidak menyangka HKLBR mencatat jualan tinggi sehingga mencecah RM6 juta. Sokongan yang diberikan peminat merupakan satu penghormatan kepada dirinya dan juga Mamat Khalid.

Dengan kejayaan ini, berkemungkinan besar HKLBR akan dibuat sekuel.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI