Finalis Shout! Awards 2010 Di Lokasi Terpilih

Saturday, October 30, 2010

Sudahkah anda bersedia menyaksikan acara paling gempak dalam industri hiburan Malaysia? Ya, Shout! Awards 2010 semakin hampir! Kita sedang menghitung hari menantikan anugerah paling hip di Malaysia!



Merangkumi sektor Muzik, TV & Filem dan Radio tanahair, Shout! Awards 2010 merupakan sebuah rancangan majlis anugerah yang memberi penghargaan dan mengiktiraf kepada mereka yang sentiasa menyumbangkan idea-idea kreatif dan memberi impak besar kepada industri hiburan Malaysia.

Sebagai pembuka tirai kepada acara berprestij ini, Shout! Awards 2010 akan menemui peminat-peminat semua dalam satu siri jelajah di bandar-bandar berdekatan anda. Inilah satu-satunya peluang anda untuk bertemu dan beramah mesra dengan calon-calon, barisan penyampai dan artis-artis yang bakal membuat persembahan dalam .

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan bertenaga dari 6ixth Sense, Azlan & The Typewriter, Sonaone dan Alif Satar dan Daphne Iking Ahad ini (31 Oktober 2010) jam 5.30 hingga 6.45 petang di Sg Wang Plaza, Kuala Lumpur. Masih tidak puas?

Siri jelajah Shout! Awards 2010 akan ke destinasi seterusnya di Mahkota Parade Melaka pada 6 November 2010 (Sabtu) jam 2.00 hingga 4.00 petang. Peminat-peminat di Melaka pastinya teruja dengan kehadiran artis-artis popular antaranya Pesawat, 6ixth Sense, Altimet dan Sonaone.

Destinasi seterusnya ialah e@curve, Mutiara Damansara pada 13 November 2010 dari jam 1.00 hingga 3.00 petang dan anda berpeluang beramah mesra dengan Meet Uncle Hussain, Alif Satar, Faizal Tahir dan Yuna. Tandakan calendar anda dan pastikan anda berada di setiap lokasi siri jelajah Shout! Awards 2010 kerana ini merupakan satu-satunya peluang anda beramah mesra dengan artis-artis popular tanahair!

Selain itu anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik dan memenangi pas-pas eksklusif ke Shout! Awards 2010 . Anda juga boleh mendapatkan tiket-tiket eksklusif ini dengan bertemu dengan 8Team di beberapa lokasi berdekatan anda iaitu UCSI University pada 28 Oktober 2010 dari 12.00 tengahari hingga ke 2.00 petang, HELP University dari 2 November 2010 ham 12 tengahari ke 2.00 petang dan di MMU Cyberjaya pada 10 November dari 12.00 tengahari hingga 2.00 petang.

Selain itu tiket-tiket ini boleh dimenangi dengan menonton 8TV Quickie atau menerusi rakan media Shout! Awards 2010 iaitu HotFm, Fly FM, Suria Fm dan Red FM. Anda juga berpeluang memenangi tiket-tiket ini dengan menyertai peraduan-peraduan di majalah-majalah dan akkhbar harian. Peminat-peminat juga boleh mendapatkan tiket-tiket eksklusif ini di Pondok Pengawal Sri Pentas bermula 1 November 2010 jam 3.00 hingga 5.00 petang atau layari laman sesawang Shout! Awards 2010 Facebook Fan Page.

Antara anugerah yang dipertandingkan ialah Power Vocal Award, Flava Award, Rockstar Award, Favourtie TV Host, Best Onscreen Chemistry Award, sememangnya anugerah yang ditunggu-tunggu oleh khalayak!

Jangan ketinggalan untuk turut serta memeriahkan siri jelajah di lokasi-lokasi berikut iaitu Si Sungei Wang pada 31 Oktober 2010 ini bermual jam 5.30 petang hingga 6.45 petang, Mahkota Parade Melaka (6 November 2010), jam 2.00 petang hingga 4.00 petang ini, e@Curve, Mutiara Damansara (13 November 2010), jam 1.00 petang hingga 3.00 petang.

"Kehangatan kian terasa. Anugerah gilang-gemilang yang menjadi bualan ramai kini semakin hampir! Atas sambutan yang cukup memberangsangkan ketika kali pertama disiarkan di kaca TV tahun lepas, sememangnya memberikan impak yang besar dalam industri hiburan Malaysia. Edisi kedua kembali untuk memberikan ruang dan platform bagi bakat-bakat kreatif terus diiktiraf sekaligus menjadi pemangkin supaya mereka terus menyumbang idea kreatif mereka kepada industri hiburan tanahair," komen Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Kim menambah "Kami juga ingin memberi peluang kepada peminat-peminat untuk bertemu dengan idola dan artis kegemaran mereka di acara berprestij ini!"

Shout! Awards 201 akan disiarkan secara LIVE dari Stadium Putra, Bukit Jalil pada 20 November 2010 jam 8.30 malam secara ekslusif di saluran hip 8TV! Majlis ini akan dimulakan dengan acara karpet ungu yang membariskan personaliti dan artis-artis popular tanahair!

Pemenang-pemenang Shout! Awards 2010 akan dipilih menerusi undian sms dan online yang telah dibuka dari 18 Oktober 2010 hingga ke 19 November 2010. Untuk mengundi finalis-finalis kegemaran anda sila layari www.shoutawards.com.my atau SMS undian anda ke SHOUT dan hantar ke 33399.

Shout! Awards 2010 dengan bangganya dibawakan khas secara ekslusif kepada anda oleh pengajur dan penyiar rasmi 8TV dan dicetuskan oleh penaja utama, Xpax.

Shout! Awards 2010 turut mengalu-alukan rakan media Fly FM, Hot FM, Red FM dan Suria FM. Untuk keterangan lanjut dan mendapatkan info-info terkini sila layari laman sesawang www.shoutawards.com.my atau www.8tv.com.my .

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI