Tari Tirana - Drama siri tarian pertama TV3

Tuesday, September 01, 2009

Sinopsis Tari Tirana

Ikuti perjalanan kehidupan seorang gadis remaja yang menghadapi kemelut keluarga di mana keghairahannya terhadap bidang tarian menimbulkan pelbagai rintangan dan akhirnya terjebak dengan konflik percintaan sehingga melibatkan banyak hati yang bakal dikecewakan!

Tirana yang digambarkan sebagai gadis lincah, cantik dan bijak bakal membawa penonton menyoroti warna-warni kehidupannya menerusi Slot Lestary berjudul “Tari Tirana” yang bersiaran mulai 25 Ogos 2009, setiap selasa jam 9.00 malam, di TV3.

Tari Tirana dibintangi oleh pemenang gadis Pantene Anugerah Skrin 2008, Wan Sharmila (Tirana), Shaz Jazle (Ash), Ammar Alfian Aziz (Neo), Nadia Aquila Bajuri (Chika) dan dibantu oleh Noryati Taib (Makcik Isabella), Faizul Hafiz Hashim (Ijam), Ruzana Ibrahim (Cik Yasmin), Zaibo (Hj Mohsen) dan Zefrul Nordin (Tajuddin).

Turut membintangi siri ini adalah Nadzirah Nadzri (Liza), Becky Lee (Ciara), Sharnaaz Ahmad (Ali) dan Mohammad Ali (Ali G).

Drama yang banyak menampilkan tarian ini merupakan hasil arahan sutradara muda, Shahrulezad Mohamedin yang pernah menghasilkan drama-drama hebat di TV3 antaranya Sindarella, Emil Emilda, Kerana Cintaku Saerah dan Seputeh Qaseh Ramadan.

Tari Tirana yang diterbitkan oleh Radius One Production ini menjalani penggambaran di lokasi-lokasi terpilih di sekitar Kuala Lumpur dan Singapura.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar, “Citarasa penonton khususnya remaja yang mahukan kepelbagaian genre drama mencetuskan idea menerbitkan Tari Tirana.

"Drama yang menampilkan banyak tarian seperti ini pertama kali diperkenalkan di TV3 memaparkan kisah remaja masa kini malah pelakon yang membintangi drama ini juga merupakan bintang-bintang baru yang sedang mencipta nama di dalam industri seni tanah air.

"Pihak kami merasakan Tari Tirana sebanyak 26 episod ini bakal menambat hati penonton yang gemarkan bidang tarian dan drama kontemporari yang berunsurkan persahabatan dan percintaan seperti drama Natasha, Dua Hati, Jelatang, Cinta Untuk Ain di mana slot Lestary berjaya menjangkau seramai 11.5 juta atau 62% jumlah penonton TV," katanya.

Nurul Aini berkata, "Drama ini juga memerlukan disiplin dan komitmen yang tinggi daripada para pelakon kerana kareografi yang diketengahkan adalah kareografi tahap profesional yang perlu dipelajari oleh mereka dalam masa yang singkat.”

Sinopsis Drama Tari Tirana

Tirana ialah seorang gadis remaja dari Singapura yang bercinta dengan penyanyi pop terkenal di Singapura, Ash.

Hubungan cinta mereka terputus disebabkan pengurus Ash, Vee yang mahukan Ash menumpukan perhatian pada kerjaya dan juga kerana ayah Tirana, Tajudin, mahukan Tirana mempunyai masa depan yang cemerlang dengan menjadi seorang peguam sepertinya.

Percintaan mereka terputus membuatkan Tirana kecewa lalu membawa diri dan tidak mahu pergi ke London sebagaimana permintaan ayahnya.

Tajudin mempunyai agenda lain dengan menghantar Tirana ke London. Tajudin sebenarnya mahu jodohkan Tirana dengan Ryan.

Tetapi tanpa pengetahuan Tajudin, Tirana telah berlaku jujur dengan Ryan dan menceritakan segalanya. Ryan yang bersimpati dengan konflik yang dihadapi Tirana membantunya termasuklah menguruskan urusan Tirana ke Kuala Lumpur, yang pastinya tidak diketahui langsung oleh Tajudin.

Tirana tinggal dengan datuknya Haji Mohsen, yang sudah lama tidak ditemui dan sejak itu episod baru kehidupan Tirana pun bermula.

Tirana mendaftarkan dirinya di Universiti Lim Kok Wing dan semasa di sana bersama rakan karibnya, Tirana menyedari bahawa dia meminati tarian.

Dia menyertai kumpulan tarian dan begitu teruja untuk menyertai kumpulan tarian yang diketuai oleh Chika yang akan memasuki pertandingan Tarian.

Malangnya, Chika tidak begitu sukakan Tirana dan memastikan Tirana tersingkir dengan cara terhormat. Mereka yang mengetahui niat buruk Chika sangat marah tetapi tidak mampu berbuat apa-apa.

Sebenarnya Chika kurang senang dengan Tirana kerana merasakan Tirana mampu menyainginya dalam tarian dan kerana kekasih Chika, Neo kelihatan mesra bersama Tirana.

Sebagai gadis yang kuat semangat, Tirana masih tidak mengalah dan menubuhkan kumpulan tarian sendiri untuk sertai pertandingan tersebut.

Pada masa yang sama, hubungan Chika dan Neo yang semakin dingin, menyebabkan Neo menghampiri Tirana. Gadis ini terus diuji sehinggalah ke hari pertandingan akhir tarian, Tirana tewas ke tangan Chika.

Ketika hari pertandingan tersebut Tirana mendapat tahu mengenai satu perkara yang menyentap perasaanya.

Walaupun Tirana tewas, tetapi kumpulannya mendapat perhatian paling banyak dari pihak luar.

Ash pula bila mengetahui Tirana masih ada di rantau ini, berhasrat mahu menebus kembali kesalahan yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Tirana kemudian terbabit dalam hubungan cinta tiga segi di antara dia, Ash dan juga Neo. Siapa yang bakal Tirana pilih sebagai teman lelakinya? Chika pula tidak akan berdiam diri.

Ryan pula sebenarnya memang mempunyai hati kepada Tirana. Bagaimanakah kesudahan kisah kehidupan Tirana ini?

Mampukah dia mencipta nama sebagai penari dan apakah yang terjadi setelah bapanya mengetahui perkara sebenar? Sama-sama kita saksikan kesudahan Tari Tirana!

Dipetik dari MStar Online.

17 Komen:

Anonymous said...

apakah yang akan berlaku kepada tirana . siapakah yang akan dia pilih untuk jadi teman lelakinya. beritahula

Anonymous said...

wei...citer bodoh ,dalah kaku sume pelakon ,mcm org bodoh je tgk..mcm bdak sekolah rendah..citer ntah ape2..xkreatif lansung...skrip hancur....sampah..cmne nk tarik perhatianpenonton..penonton kutuk adela

Anonymous said...

seronok tengok...sebab terlalu sengal..seronok ketwakan

aaDc said...

skrip die terlalu sampah, n then aku benci tgk muka chika tue,
why must dlm skrip kene letak name mother theresa,
terngiang2 telinga aku dengar si chika tu ckap "berlagak macam mother theresa, ape die tu da chika tu da masuk christ ape??!
A shit script with a shit storyline.

Anonymous said...

baru nak gysgdxihwegvdyweg

momok said...

wah marah btol korg ye..trok sgt ke citer ni??
aku tgk cm ok je. cne org nilai skrip pon aku x tau.tp yg pastinya byk sgt aksi yg kurg sopan dlm citer ni.dh mcm citer another cinderella story version m'sia+s'pore.ape nk jadila ngan org kite.mniru je kejenye!!

Anonymous said...

actually i xska condemn sesapa,tp 1st i tgk cte ni ms slasa lps, tkezut gle...sesuai ke cite ni ditayagkan?FINAS buta ka?cmna cte truk cmni leh lps...xdinafikan lifesytle rmja skrg mmg truk...e2 yg kta hrus pbetulkan...ni x,korg producekan..mcm sokong je cra mcm 2...honestly,i am really hate that kind of story..bak kta aadc, mmg cte ni SAMPAH..

Anonymous said...

TARI TIRANA MEMANG SAMPAH....

Anonymous said...

KENAPA SEMUA BENCI SGT CITER NIE.KALAU TAK SUKA JNG TENGOK.APALAH......{SITI}

Anonymous said...

dorang yg komen mcm sampah....klu pandai buat le sendiri...

Anonymous said...

wei bdak2 tarian je y tau cmne cite nie ending...
sape y kutuk smpah tuh dye lah smpah cz dye wat cite psal tarian bkan psal punk pengkid or whatever...

Anonymous said...

lg stu..jgan pndai2 nak kta cite nih bodo cz owg y ckap tuh pun bodo....mak bapak anta g skolah ormatkan owg bkan kondem owg lain...blm nak ckap owg lain bodo tgok mak bpak sndiri dlu

Anonymous said...

cite nye best..walaupun bukan 100% best..tak de laa cite pasal rebut harte laa yg dok kite tngok mlm2 kat slot samarinda..

Anonymous said...

xsuka laa dgn tirana 2 skrg..cam dah kemaruk dgn cinta..cam perampas pn ade..yela,dlm cite ni dye nak lako kan mcm manje.. tp xjadi..yg menjadi gedik adela..ei..coiii..!!!

Anonymous said...

i like cite ni sebab i suka menari and pelakon2 pn ok gak i hope tari tirana akan adakan cete dia kul 4 agar ramai org x ngantuk nk tengok

Anonymous said...

i baru tengok je cite ini.i tak beranilah nak komen ape2 .but the way i think so far oklah . sebagai hiburan i.. n lagi satu i nak pesan kenapalah asyik nak kondem hasil kerja (cite )org. cermin diri kita dulu.kalau pandai sgt bikin filem sendeirilahh .jgn ckp saja.

Anonymous said...

saya suka tengok cite tari tirana ni sbb die slalu menempuhi cabaran yg datng

Post a Comment

 

ZONFINITI