Resepi Puding Kastard Jeli

Friday, September 11, 2009

Resepi Puding Kastard Jeli

BAHAN JELI :


* 1 paket serbuk gelatin halal (50g)
* 1 liter air panas
* 1/4 cawan gula
* Perwarna & perasa

CARA :
Masukkan serbuk gelatin halal ke dalam air yang telah dipanaskan. Kacau hingga sebati. Masukkan gula.Tuang ke dalam bekas yang bersesuaian. Letak sedikit pewarna & perasa yang dikehendaki .Biarkan sejuk dan keras di dalam peti ais.


BAHAN PUDING :

* 1 cawan air
* ½ tin susu cair
* 1 sudu tepung jagung
* ½ cawan gula
* 1 tin buah cocktail

CARA :
Masak kesemua bahan di atas api perlahan. Biar mendidih. Angkat dan sejukkan. Kemudian tuang ke atas jeli yang sudah keras. Tabur buah cocktail mengikut citarasa.

Sumber: Halal Gelatine

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI