Menghalang Emel Tidak Diundang (Spam Mail)

Wednesday, September 30, 2009

Kotak mel anda dipenuhi dengan mel elektronik (e-mel). Ia bukannya dipenuhi dengan kandungan e-mel yang marahkan anda kerana sesuatu perkara atau bengang dengan sikap anda. Sebenarnya ia dipenuhi dengan e-mel yang tidak diundang dari pihak atau orang yang tidak anda kenali, malah kadang-kadang ada e-mel robot (e-mel yang dihantar secara automatik oleh pelayan komputer).
Inilah yang dikatakan kegiatan ‘spamming’ iaitu e-mel yang datangnya tanpa diundang dan tidak diperlukan oleh anda.

Satu kajian yang dibuat oleh GartnerGroup, badan penyelidik di Stamford, Connecticut Amerika Syarikat mendapati bahawa 90 peratus pengguna internet didatangi e-mel tidak diundang secara mingguan dan lebih 50 peratus daripadanya secara harian. Pengguna yang terselamat dari fenomena ini hanyalah pengguna yang telah mengambil langkah yang ketat dengan meletakkan perisian pertahanan anti spamming dalam aplikasi e-mel mereka.

Di sini dipaparkan beberapa langkah bagi melawan balik kegiatan penghantaran kandungan e-mel yang tidak diundang ini:


1.Jangan sesekali menjawab e-mel yang tidak diundang. Jika anda menjawab balik, maka pihak terbabit akan mendapat kepastian bahawa alamat e-mel anda adalah sah. Pastinya anda akan dipenuhi dengan e-mel yang bertambah banyak.


2.Daftar atau langganilah akaun e-mel berasaskan web. Gunakan alamat ini sebagai alamat yang ‘dibuang’ sekiranya anda telah tersenarai dalam senarai pihak berkenaan.


3.Hantarkan e-mel yang tidak diundang kepada SpamRecycling Center (www.spamrecycle.com). Pusat ini akan panjangkan e-mel anda kepada pihak berkuasa bagi memeriksa kegiatan yang tidak bertanggungjawab ini. Pihak JARING juga menyediakan alamat bagi menolong anda mengatasi masalah ini dengan menghantar kandungan e-mel berkenaan kepada abuse@jaring.my. Antara kategori kandungan e-mel jenis ini ialah e-mel yang tidak berfaedah secara kerap.


4.Ada beberapa pihak lain yang bertugas menangani masalah ini. Salah satunya ialah SpamCop (www.spamcop.net). Anda simpan kandungan e-mel tersebut, dan kemudian pihak SpamCop akan menghubungi Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) yang digunakan oleh pihak spamming sebagai tapak kegiatan mereka. Pihak lain ialah seperti Junkbusters (www.junkbusters.com) dan Network Abuse Clearing house (www.abuse.net).


5.Gunakan penapis e-mel tidak diundang terkini. Contohnya perpustakaan perisian ZDNet (www.hotfiles.com) ada menyediakan versi demo perisian berkenaan secara percuma dengan nama Spam Buster dan SpamEater.


6.Apabila anda menghantar e-mel kepada kumpulan perbincangan, letakkan perkataan seperti ‘NOSPAM’ kepada alamat e-mel balasan anda. Misalnya hizam@syarikatNOSPAM.net. Ahli-ahli perbincangan akan dapat mengesannya, tetapi tidak bagi pihak yang ingin menghantar e-mel tidak diundang itu.


7.Tanyakan pihak ISP anda berapa ramaikah kakitangan yang dikhususkan bagi mengesan kegiatan e-mel tidak diundang ini. Adalah elok jika ISP anda menyediakan sekurang-kurangnya seorang kakitangan bagi setiap 100,000 pelanggan. Jika tidak elok sekiranya anda tukar ISP.


8.Satu alamat e-mel yang baik ialah yang berakhir dengan .edu atau .gov. Menurut pihak Spambot (www.turnstep.com/Spambot), kumpulan penghantaran e-mel tidak diundang cuba elakkan alamat sebegini.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI