Maizawati Zainal Siap Rakam Lagu Ketentuan

Sunday, September 06, 2009


Setelah 20 tahun meninggalkan aktiviti nyanyian, Maizawati atau Maiza kembali mengalunkan lagu yang sememangnya diminati sejak kecil lagi.

Maiza sedang menjalani proses rakaman dua buah lagu berjudul ‘Ketentuan’ manakala sebuah lagu raya yang belum diberikan tajuk.

“Lagu ‘Ketentuan’ lebih berkonsepkan ketuhanan manakala sebuah lagimerupakan lagu raya.

“Lirik lagu ‘Ketuhanan’ ditulis oleh saya dan Ameer Soekre Ishak, pengasas Yayasan Pembangunan Nurhikmah (YPN) manakala lagunya digubaholeh komposer dan produser Zairul Addry yang sebelum ini banyakmembuat lagu untuk band indie.

“Semalam saya baru merakamkan lagu raya secara beramai-ramai melibatkan penyanyi yang tidak dikenali dan rakaman lagu ‘Ketentuan’ akan dinyanyikan secara solo sebelum ia dilancarkan pada 11 Septemberini,” ujarnya dalam nada teruja.

Bercerita mengenai pengalaman pertamanya merakamkan lagu, Maiza berkata proses rakaman itu berlaku secara berperingkat-peringkat.

“Semalam (2 September), rakaman lagu itu berlangsung selama tiga jam dan malam ini (3 September), kami akan menyambung rakaman lagu raya yang belum selesai itu.

“Saya rasa penat juga buat rakaman lagu ni sebab ia melibatkan ramai orang. Kalau ada yang tak kena, saya kena ulang semula,” ceritanya mengenai lagu yang akan dimuatkan dalam sebuah album terbitan Runut Bunyi Events.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI