Lirik Lagu Lebaran Wal Faizin - Hasnol

Wednesday, September 02, 2009

Lirik Lagu Lebaran Wal Faizin - Hasnol

Setelah berpuasa satu bulan lamanya
Berzakat fitrah menurut perintah agama
Kini kita beraidil fitri berbahagia
Mari kita berlebaran bersuka gembira

Berjabat tangan sambil bermaaf-maafan
Kirim dendam habis marah di hari lebaran

( korus )
Sinar aidil wal faizin
Maafkan zahir dan batin
Selamat para pemimpin
Rakyatnya makmur terjamin

Dari segala penjuru mengalir ke kota
Ramai orang berpakaian baru serba indah
Setahun sekali marilah bersuka-suka
Agar hilang segala rasa sedih dan duka

Berbelanja jangan boros ikut suka hati
Nanti tuan-puan yang akan susah sendiri

( ulang korus )

Hari raya ini hatiku riang sekali
Ada ketupat kuih-muih bermacam lagi
Kuih koci kuih yang sangat aku gemari
Di luarnya pulut di dalam berisi inti

Mari puan mari tuan berjamu selera
Ketupat dan kuih hidangan di hari raya

( ulang korus )

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI