Jasmine, peserta Gadis Melayu akui menyesal

Friday, September 04, 2009

Sharifah Jasmine Soraya
Sharifah Jasmine Soraya Syed A Jalil Jamalullail, 21, seorang daripada peserta program realiti TV9, Gadis Melayu bagi musim kedua tidak menafikan foto yang memaparkan aksi wanita sedang berseronok bersama teman sambil tangan memegang botol arak serta bercumbuan dengan rakan sesama jenis yang disebarkan di internet adalah gambar dirinya.

Gadis kacukan Melayu - Cina itu tanpa berselindung mengaku ia adalah kesilapan lampau yang dilakukan dua tahun lalu kerana pengaruh ‘darah muda’.

Senang membahasakan dirinya sebagai Jasmine, wanita kelahiran Kuala Lumpur ini mengaku menyesal dengan perbuatan silamnya itu. Malah, dia sudah meninggalkan kegiatan tidak bermoral berkenaan kerana fokusnya adalah untuk memberi tumpuan kepada kerjaya.
Sharifah Jasmine Soraya

Biarpun mendapat sokongan keluarga tatkala gambar yang mengaibkan itu tersebar di internet, Jasmine memberitahu, sehingga kini dia masih enggan menatap gambar berkenaan kerana tidak mahu emosinya terjejas. Walaupun zahirnya kelihatan tenang dengan dugaan yang mendatang apatah lagi ketika itu program Gadis Melayu musim kedua baru saja hendak menjengah kaca televisyen, jauh di dasar hati Jasmine sebenarnya kesal dengan tindakan sahabat sendiri sengaja mahu menjatuhkannya.

Katanya, penyebaran gambar itu membuatkan dia mula merasai sedikit tempias populariti dan menyedari bukan mudah untuk menjadi orang yang dikenali ramai.

“Saya tak nafikan memang itu gambar saya tetapi kini saya sudah berubah. Saya hanya mahu memandang ke depan kerana saya sudah menanam tekad dalam diri untuk memberikan fokus kepada kerjaya tahun ini.

“Saya terkejut kerana perkara itu sudah lama berlalu tetapi kenapa baru sekarang ia disebarkan? Saya tahu ini perbuatan sahabat sendiri... tetapi sekarang saya sudah berubah. Lagipun ketika itu usia saya baru belasan tahun, masih lagi leka dengan keseronokan dunia.

“Semua orang melakukan kesilapan tetapi bila difikir-fikirkan kembali sampai bila saya nak terus jadi begitu? Memanglah sedikit sebanyak gambar itu menjejaskan sedikit emosi saya, tetapi saya perlu kuat melawannya. Orang memang tidak senang melihat kita naik, bila kita cuba naik mereka sengaja nak menjatuhkan.

“Saya juga tak nafikan apabila gambar itu tersebar, saya jadi takut memikirkan kedudukan dalam program ini. Tapi nampaknya TV9 memberi saya peluang untuk terus berada dalam program ini tanpa menghukum saya dengan sewenang-wenangnya. Saya juga berharap supaya orang di luar tidak terlalu mudah menilai saya hanya disebabkan tersebarnya gambar itu, sebaliknya berilah saya peluang dan lihat sendiri perubahan saya,” katanya.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI