Filem 2 hati 1 Jiwa

Wednesday, September 02, 2009


Filem 2 hati 1 Jiwa mengisahkan dua remaja perempuan dilahirkan kembar siam melekat di kepala iaitu Lana lakonan Fouziah dan Lina (Yasmin Hani) yang mula berdepan dilema apabila usia mereka mencecah 21 tahun.

"Kisah bermula ketika Lana dan Lina memasuki universiti. Ketika itu, minat dan kecenderungan masing-masing mula berbeza. Kehendak yang berlainan itu sering membawa kepada pergaduhan sehingga membawa impian untuk berpisah.

"Berbeza dengan Ladan dan Laleh, pembedahan mereka telah berjaya dilakukan tetapi selepas itu, timbul konflik apabila masing-masing mencintai doktor pakar yang terlibat dalam pembedahan berkenaan," katanya kepada murai.com.my, di lokasi pengambaran filem itu di Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Selain Fouziah dan Yasmin, 2 Hati 1 Jiwa turut dibintangi Ziela Jalil sebagai ibu dan Mustapha Kamal sebagai ayah.

Filem bernilai RM1.5 juta itu bakal memasuki pawagam seluruh negara pada November ini. Razak sendiri menghabiskan kira-kira RM150,000 hanya pada bahagian solekan kepala melekat bagi menampakkan hasil yang realistik.

2 Hati 1 Jiwa terbitan Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd menjalani pengambaran di sekitar Kajang, Bandar Sunway, Kuala Lumpur, Kota Damansara dan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Sama-sama kita nantikan hasilnya!

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI