Lirik Lagu Nasyid - Kehidupan ( In-Team)

Friday, September 12, 2008

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
Senilagu : Nazrey Johani
Senikata : Nazrey Johani

Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.

2 Komen:

Anonymous said...

best giler lagu ni..

hafiz said...

best la lagu ni.best best best best.

Post a Comment

 

ZONFINITI