Lirik Bagaikan Roda - Badri Ibrahim

Friday, September 12, 2008

Lirik Bagaikan Roda

Lambat bangun lagi
Jam tak berbunyi
Tak sempat ku mandi pagi

Sampai tempat kerja
Tarik nafas lega
Bos sedang cuti rupanya

Lalu apa lagi
Ke kedai kopi
Pelayannya manis sekali

Dia memberi senyuman
Menuding ke jalan
Keretaku kena saman

Bagaikan roda
S'kejap di atas
S'kejap di bawah
Jalani saja
Takkan berhenti
Hidup ini
Bagaikan roda

Dapat duit gaji
Terubat hati
Poket kering dah terisi

Hasrat nak ke KLCC
Dengan isteri
Mak mertua pula nak pergi!

Repeat Chorus

Ada suka adalah duka
Ada sedih pasti ada bahagia
Yang penting kita berusaha
Dan menerima dengan hati terbuka

Aku rasa lesu
Bukan hariku
Naik katil tutup lampu

Isteriku tiba-tiba
Berbisik manja
"Abang akan jadi papa"

Bagaikan roda
S'kejap di bawah
S'kejap di atas semula
Jalani saja
Takkan berhenti
Hidup ini
Bagaikan roda

S'kejap di bawah
S'kejap di atas semula
Jalani saja
Takkan berhenti
Hidup ini
Bagaikan roda

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI