Lirik AC Mizal - Di Sini

Sunday, September 21, 2008

AC Mizal - Di Sini

Terhenti jantung sedegup
Mendengar bayu meniup
Menghempas pintu yang kau biar terbuka
Meninggalkan kesan sepatu
Tanpa sepatah pun kau sebut
Sekurang-kurangnya ucap selamat tinggal
Ke mana arahmu tidak ku tahu
Di mana agaknya hala tuju
Beginikah rasanya terseksa
Ketemu detik berpisah

Ku di sini…
Tidak mungkin…
Dapat hidup seperti sedia kala
Andai kau lenyap di mata

Ku di sini…
Tahun lagi…
Bersedia untuk teguh berdiri
Ketabahan ku meniti
Oh kasih…

Ku termenung ke arah sini
Mengharap ku di
Manalah tahu kalau
Kalau kau telah berubah fikiran
Melupakan pertelingkahan
Mengampun kesalahan
Dalam bisa memberi
Kita berulang lagi
Di sini ku berjanji untuk menjadi
Seorang insan yang lebih memahami
Hatimu di masa-masa kisah
Mendambakan kasih sayang

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI